“Saya mengakui kekhilafan ini, mohon semua yang dimuat naik dipadam semula walaupun itu mustahil”

“MOHON semua yang dimuat naik dipadam semula walaupun itu mustahil,” demikian permintaan pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, kepada warganet.Nur Amirah mengeluarkan kenyataan itu ketika sesi siaran langsung (Live) di Facebook (FB) miliknya hari ini.

Sesi siaran langsung berdurasi empat minit 29 saat itu diadakan wanita berkenaan bagi memohon maaf kepada semua pihak berikutan tindakannya memuat naik gambar dan mengadakan sesi fotografi bersama sekumpulan model wanita berpakaian pengantin di kawasan perkvburan bukan Islam di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu.

Menerusi siaran langsung itu, Nur Amirah berharap tiada pihak menyalahkan model, jurugambar dan jurusolek yang terbabit dalam sesi fotografi berkenaan melainkan dirinya.

“Saya mengakui kekhilafan ini dan saya sendiri memuat naik gambar tidak sepatutnya.Harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan tidak ada mana-mana pihak terbabit kecuali diri saya dipersalahkan kerana semua atas tanggungjawab saya.Terima kasih atas k0men dan keprihatinan. Mohon semua pihak mengambil permohonan maaf ini secara serius dan tidak ada tindakan susulan,” katanya.

Semalam, tul4r di laman sosial mengenai beberapa gambar yang menunjukkan model wanita berpakaian pengantin bergambar di kawasan perkvburan bukan Islam.Selain gambar, video sesi fotografi yang menunjukkan beberapa model wanita dengan salah seorang daripada mereka berbaring di tepi kvbur ketika jurugambar merakam gambarnya.

Bagaimanapun, perkongsian gambar berkenaan mengundang kem4rahan warganet yang menganggap tindakan itu keterlaluan kerana tidak menjaga sens1t1viti agama Islam dan menghormati tempat persem4dian penganut lain.Sumber hmetro

Terdahulu menurut Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebagai Muslim, penting untuk menjaga tingkah laku dan adab terutama ketika berada di tanah perkvburan Islam atau penganut lain.

“Di mana-mana saja boleh bergambar kerana tiada lar4ngan dalam soal itu dengan syarat tidak nampak seperti membvrukkan Islam atau merestui kepercayaan agama lain.Bagaimanapun, jika aktiviti itu cenderung membawa fitn4h, lebih baik dielakkan.

“Ini kerana kita dituntut menjaga adab dan perbuatan termasuk ketika berada di kawasan perkvburan bukan Islam kerana Rasulullah sendiri menghormati penganut agama lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.Sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *