“Saya nak fokus ibadat sahaja”- Zamani bawa isteri dan keluarga tunai umrah bersama

Setelah mendirikan rumah tangga dengan Nur Juliana Abdul Rani, 36, penyanyi lagenda Zamani Slam berusia 48 tahun, akhirnya menunaikan niatnya untuk menunaikan umrah.

Semalam, Zamani bersama isteri dan ahli keluarganya yang lain dikhabarkan telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah. Penyanyi itu sempat memohon maaf kepada kenalan dan peminat sebelum menaiki pesawat.

Telefon pun tak bawa, mahu fokus beribadat

Ketika ditemu bual media Zamani memberitahu bahawa dia mahu fokus melakukan beribadat tanpa, memikirkan soal lain sepanjang berada di Mekah selama 12 hari.

“Kalau nak difikirkan macam-macam perkara, memanglah takkan habis. Tapi insya-Allah sampai sahaja di sana, saya nak fikir ibadat sahaja…”

Malah, penyanyi Gerimis Mengundang itu juga tidak membawa telefon bimbitnya, berikutan tidak mahu terganggu sepanjang menjalani ibadah umrah.

Zyn Akal tunai umrah bersama Zamani

Turut kelihatan, penyanyi BBNU Zyn Akal yang merupakan anak saudara kepada Zamani, juga antara ahli keluarga yang bersama-sama mengikuti mengerjakan ibadah umrah.

Sepanjang mengerjakan umrah, Zamani berhasrat mendoakan untuk semua kenalan dan peminat selain meminta keampunan daripada Allah atas d0sa dilakukan. Semoga Zamani dan keluarga selamat sampai dan pulang.Sumber : Harian Metro kredit ohmymedia

Artikel berkaitan:Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48, selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur.Bagaimanapun, dia meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal.

Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana.Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.Mereka juga pernah tampil menyanyi berduet pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas itu.

Sementara itu, Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.Mereka mengambil keputusan mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.Sumber hmtero

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *