Sedih pergi majlis kahwin bekas kekasih, pemuda 1ni kentalkan hati berjabat tangan pengantin lelaki

Bercinta bertahun lama, rupa-rupanya sekali bukan jodoh. Itulah lumrah berkasih, belum tentu lagi teman lelaki atau teman wanita itu adalah pasangan kita.

Begitulah juga dengan kisah seorang pemuda, apabila gelagat yang menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanita telah dirakam sebelum dimuat naik ke Tw1tter oleh seorang pengguna bernama, @theroutinesya.

Sedih ex dah kahwin

Boleh dilihat daripada raut wajah pemuda tersebut bagaikan menahan gelora yang berada di jiwa, apabila melihat bekas teman wanitanya dan pasangannya semakin menghampiri, pemuda itu lalu berjabat tangan si suami bekas kekasih.

Malah, suami kepada bekas teman wanitanya itu juga kelihatan sempat memberi reaksi dengan senyum dan mengangkat tangan simbol ‘peace’ selepas perasan dirinya dirakam.

Hanya yang pernah melalui akan faham

Gelagat lelaki tersebut mula mendapat perhatian netzen, ada yang kagum dengan ketabahan hatinya pergi juga ke majlis bekas kekasih dan ada juga seperti tidak menyarankan pergi jika ia mengganggu emosi.

Tak payah datang kalau nak panas hati

Jangan risau, ko lagi hensem dari semua

Jodoh sudah ditentukan sejak kita belum lahir ke dunia lagi. Berkenaan jodoh sangat subjektif, tidak boleh diramal dan ditentukan atas kuasa manusia sahaja, kerana Penciptanya dan Pencipta kita semua yang berhak menentukannya. Segalanya terletak atas kekuasaan Allah SWT.

Tak perlu bimbang, tak perlu ragu-ragu dan tak perlu gopoh gapah untuk meneka-neka siapakah jodoh kita. Semuanya telah ditentukan, cuma masa yang akan menjadi penentu, adakah lambat atau cepat, adakah lama atau sekejap.

Wajib percaya dengan qada’ dan qadar Allah, tetapi harus juga berikhtiar. Berikhtiar bukan sahaja sebelum berkahwin atau bertemu jodoh, tetapi semasa dan selepas kahwin pon kena ikhtiar jugak. Kan tadi dah bagitaw kita tak tahu jodoh kita sekejap atau lama, boleh jadi setahun, sebulan, seminggu dan sehari/ semalam

Kenapa tak percaya? Kalau berkahwin separuh jalan, jangan risau ada hikmah di sebaliknya, jodoh yang dipertemukan itu tidak cocok/sepadan. Dia mungkin bukan jodoh kita. Dia dipertemukan kepada kita untuk mengajar kita supaya lebih matang menghadapi dugaan hidup.

Sumber : theroutinesya krdit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *