Sejujurnya ,saya tidak mahu bermadu. Saya tetapkan pendirian, saya pergi berjumpa dengan wanita itu, rayu minta dia lupakan suami saya. Namun apa yang saya dapat

Assalamualaikum semua. Nama saya Intan. Kisah saya ini mengenai suami saya.

Saya dan suami telah berkahwin selama 12 tahun dan di kurnia kan 4 anak. Selama ini, kami bahagia. Namun di bulan baik, bulan ramadhan yang lalu, saya di kejutkan dengan permintaan suami saya untuk bernikah satu lagi dengan seorang janda.

Rasa kecewa, rasa dikhianati. Itu yang saya rasa. Hubungan suami saya dan wanita itu mendapat tentangan hebat dari keluarga suami saya hinggakan ibu mertua saya tidak merestui hubungan mereka dan sanggup hilang anak jika suami saya bernikah lagi.

Sejujurnya saya, saya juga tidak mahu bermadu. Saya tetapkan pendirian, saya pergi berjumpa dengan wanita itu, minta dia lupakan suami saya. Namun apa yang saya dapat hanyalah janji palsu wanita itu. Yang mulanya berkata akan melupakan dan meninggalkan suami saya.

Namun, Allah Itu Maha Berkuasa. Satu hari, saya terjumpa conversation mereka, saya print dan simpan, Segala rahsia mereka ada dalam conversation itu. Saya minta suami saya menikahi wanita itu.

Saya nekad undur diri. Namun, wanita itu nekad untuk berpisah dengan suami saya dan tak mahu menikahi suami saya dengan alasan, saya terlalu baik untuk di lukai dan keluarga suami saya tak merestui.

Setelah mereka berpisah, saya lihat suami saya seperti tak boleh terima hakikat. Dia merasa kehilangan walaupun saya dan anak-anak ada di sisinya.

Selalu bersedih dan banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan dari kami. Suami saya lebih banyak habiskan masa di luar. Alasan beliau berbuat begitu adalah kerana mahu melupakan wanita itu.

Apa yang saya rasa saat ini adalah seperti tak dihargai, tak penting langsung dalam hidup suami saya. Dia telah berubah 100%. Dia hanya fikirkan wanita itu.

Bersedih depan saya macam saya tak ada perasaan. Macam saya ini bukan isteri dia. Dia bercerita rasa sedih dia pada tanpa tapisan macam saya ni kawan baik dia sahaja.

Kini, saya terfikir untuk berpisah. Kerana tak sanggup lihat dia menderita. Dan ada masa saya rasa saya perlu satukan mereka semula dan saya akan undur diri. Mungkin wanita itu jodoh suami saya. Suami saya lebih bahagia bersama wanita itu.

Doakan semoga saya terus kuat demi anak-anak– Intan (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *