“Ser4m macam nak pengsan tengok dia s4kit…” -Tajul dah jadi bapa muda, timang cahaya mata perempuan

Sebelum ini penyanyi popular dengan lagu Sedalam Rindu, Tajul Ariff menjawab teka-teki mengenai status dirinya. Ternyata, Tajul sendiri membuat pengakuan bahawa dia telah berkahwin dengan isterinya Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017.

Tajul juga turut mengumumkan bahawa, ketika itu isterinya sedang sarat hamil cahaya mata mereka yang sulung. Dia juga sekali gus memohon maaf kepada peminatnya, dah tidak berniat untuk menyorokkan mengenai hal perkahwinannya itu.

Isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Kajang kira-kira pukul 11.56 malam, Sabtu.Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, meluahkan rasa bersyukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu yang diberi nama Adriana Carissa.

“Alhamdulillah, isteri saya dah pun selamat bersalin secara normal pukul 11.56 malam tadi. Saya mendapat bayi perempuan bernama Adriana Carissa.Perasaan saya bercampur baur… gembira pun ya, sedih pun ada.

“Dalam pukul 6 petang semalam dia ada beritahu yang perut dia dah rasa tak sedap dan mula rasa s4kit. Saya terus bawa dia ke h0spital dan dia ditahan di sana,” ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, penyanyi Sedalam Dalam Rindu ini berkata, dia nyaris pengsan di dalam bilik bersalin kerana f0bia melihat d4rah.Namun sebagai memenuhi hasrat isterinya itu, dia memberanikan diri menyaksikan proses kelahiran secara normal tersebut.

“Ya, saya memenuhi permintaan isteri dan ada bersama dia dalam bilik bersalin.Masa tengok dia s4kit, banyak d4rah… ser4m macam nak pengsan juga. Tapi pengalaman itu yang buat saya lebih menghargai isteri.Tak lupa, terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, Tajul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza, 23, pada 10 Disember 2017.Tajul berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu kerana enggan mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *