Situasi yang menguji kesetiaan anda terhadap isteri

Awal perkahwinan, semuanya terasa indah. Sampailah satu masa kita diuji dengan kesulitan demi kesulitan sebagai pasangan. Sebagai suami, berikut adalah beberapa keadaan yang mungkin akan menguji kesabaran serta kesetiaan anda terhadap isteri. Pernahkah anda melaluinya?

Pertama Isteri mengandung. Sesetengah pasangan benar-benar menunggu dan mengharapkan cahaya mata. Tetapi ada juga pasangan yang belum bersedia untuk menerima berita gembira ini.

Kehamilan yang tidak dirancang mungkin akan menyebabkan beberapa perancangan anda terpaksa ditangguhkan. Malah bagi sang suami, ia mungkin juga sesuatu yang ‘menyusahkan’. Mana tidaknya, kehamilan menjadikan isteri kurang sihat, cepat letih, banyak ragam, dan perlukan perhatian khusus.

Kedua Isteri bersalin & berpantang. Setelah isteri melahirkan bayi, bermulalah proses pemulihan atau berpantang. Walaupun berpantang ini bukanlah perkara wajib, tetapi si isteri yang dahulunya menguruskan serba satu kelengkapan suami – kini perlu berehat dan menumpukan perhatian kepada kesihatan diri sendiri serta si kecil.

Dalam tempoh ini, isteri juga akan memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami. Susahlah kalau si isteri menguruskan semuanya sendiri. Nak memasak, mencuci baju, memandikan bayi, menyusu, dan berjaga tengah malam – bukan semua lelaki pandai membuat kerja rumah begini. Tambahan pula, mereka juga perlu ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan intim dengan isteri sehinggalah luka bersalin kering dan pulih.

Ketiga Isteri belum dapat mengandung. Lain pula kisahnya kalau dapat isteri yang masih belum dapat melahirkan zuriat. Sebagai suami, ada yang merasakan ‘kelelakian’ mereka tercalar jika masih belum dikurniakan cahaya mata. Pelbagai petua dan rawatan telahpun dicuba, namun hasilnya masih belum kunjung tiba. Dalam keadaan inilah sepatutnya suami patut sama-sama memberi sokongan dan tidak putus-putus mendoakan isteri.

Keempat, Isteri mula berubah penampilan. Ada yang masa bujang dulu kurus dan s3ksi, lepas bersalin dah lebih berisi. Ada yang masa bekerja dulu seorang yang aktif, konfiden dan bijak dengan pakaian serba lengkap. Tapi kini bila dah jadi surirumah, isteri lebih banyak membuat kerja rumah dengan pakaian ringkas seperti t-shirt dan kain batik.

Kelima, Mula memiliki ‘segalanya’. Bak kata orang, cinta isteri diuji ketika suami belum punya apa-apa, manakala cinta suami pula diuji ketika mereka memiliki segalanya.

Bila perjalanan karier semakin baik, bisnes dan pendapatan semakin maju, ada suami yang mula melupakan pengorbanan isteri ketika mereka susah dulu. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa jurang antara suami dan isteri menjadi semakin besar apabila isteri lebih banyak mendahulukan suami dalam soal kerjaya mereka.

Kejujuran itu mahal harganya. Walau apa alasannya, seorang suami yang baik sudah tentu akan memikirkan jasa isteri dan tahu menghargai mereka dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan inilah baru anda akan terasa betapa mahalnya harga kejujuran suami. Kredit siraplimau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *