“Sudah tiba masanya bagi melupakan dunia hiburan,”-Dah tak mampu berdiri dan bergelek, M Daud Kilau lupakan dunia hiburan

“Sudah tiba masanya bagi melupakan dunia hiburan,” itu pengakuan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau apabila tahap kesihatannya semakin merosot selepas mengalami masalah untuk membuang air kecil tiga tahun lalu.

Pemilik nama Muhammad Daud Kilau itu berkata, beliau kini tidak mampu untuk berdiri bagi menjayakan persembahan tarian atau bergelek di atas pentas.

Sebaliknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu perlu melakukan rawatan susulan hampir setiap minggu di klinik dan h0spital.

“Saya menghidap s4kit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya s4kit sangat.Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi,” katanya kepada Perak Gazette.

Penyanyi berusia 81 tahun itu juga terpaksa menolak semua tawaran persembahan termasuk di Singapura oleh kumpulan Black Dog Bone walaupun beliau ditawarkan hanya duduk di atas pentas.

“Saya menolak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas.Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja,” ujarnya.

Tambah M Daud Kilau, beliau tiada sebarang perancangan dalam dunia hiburan setakat ini dan hanya mahu menghabiskan sisa hidup malah bersyukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk bernafas.Sumber : Perak Gazette kredit ohmymedia

Sedikit info mengenai Datuk M Daud Kilau

Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M Daud Kilau merupakan seorang penyanyi Malaysia, Singapura.Dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak beliau merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.

Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.Sumber wikipedi4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *