Tabiat Harian Yang Boleh Merosakkan Buah Pinggang Dan Petanda Buah Pinggang Mula Rosak

Setiap hari, badan kita akan menapis 113 hingga 140 liter lebihan cecair, air kencing dan bahan buangan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan lambakan bahan buangan di dalam badan. Buah pinggang juga mengekalkan tahap elektrolit dalam badan. Ia juga menghasilkan hormon-hormon yang mengawal tekanan d4r4h, menghasilkan sel d4r4h merah dan mengekalkan kekuatan tulang.

Jadi, amatlah penting untuk kita memastikan buah pinggang kita sentiasa sihat. Kita tidak akan dapat mengetahui sama ada buah pinggang kita sihat ataupun mengalami kerosakan. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kerosakan buah pinggang. Berikut adalah tabiat yang menjadi kelaziman, yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang kita setiap hari.

Tabiat-tabiat ini boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada buah pinggang jika dibiarkan berlaku. Pertama ialah Kurang minum air.Antara tugas penting buah pinggang adalah membuang t0ksin dan bahan buangan seperti t4hi keluar dari badan kita. Jika anda tidak minum air dengan cukup, bahan buangan dan t0ksin akan mula terkumpul di dalam badan. Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan teruk pada badan.

Kedua tabiat Kerap tahan kencing. Menahan kencing dengan kerap boleh menambahkan tekanan, yang kemudiannya boleh menyebabkan penyakit batu karang atau kegagalan buah pinggang. Apabila berasa hendak kencing, jangan tunggu lagi. Ketiga ialah Pengambilan garam berlebihan. Untuk berfungsi dengan baik, badan kita memerlukan natrium (garam).

Mereka yang mengambil jumlah garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang, dan juga akan meningkatkan kadar tekanan d4r4h. Selain itu ialah tabiat Pengambilan gula berlebihan, minum kopi terlalu banyak dang kurang tidur. Seterusnya ialah tabiat Penyalahgunaan ubat tahan sakit. Ubat yang dipreskripsi yang kita selalu ambil untuk menahan sakit sebenarnya sangat tidak baik untuk buah pinggang.

Jika anda mengambil ubat tahan sakit tanpa pengawasan, ia boleh mengakibatkan kerosakan serius pada buah pinggang, dan juga kerosakan pada hati. Jadi, sebelum terlambat, lebih baiklah kita menjaganya dengan baik. Walaupun kita masih boleh bertahan hidup jika satu daripada dua buah pinggang kita terpaksa dibuang, kita tidak boleh seaktif sepertid dahulu. Mencegah itu lebih baik daripda merawat. Sumber asal dari World Health Choice

Oleh itu perhatikan simptom yang disenarai di bawah dan jika anda mempunyai mana-mana kombinasi daripada yang dinyatakan di bawah, maka segera berjumpa doktor. Antaranya bila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, badan akan mula membengkak khususnya bahagian kaki dan tangan. Salah satu petanda paling umum buah pinggang anda bermasalah ialah rasa tertekan ketika kencing.

Anda mungkin buang air kecil secara paksa, warnanya lebih pekat mahupun pucat, berbuih dan anda tidak dapat mengawal rasa buang air pada waktu malam. Selain itu kulit kering dan gatal dan mudah letih. Ada juga simtom seperti nafas pendek. Salah satu kesan tipikal buah pinggang rosak ialah badan anda menghasilkan oksigen yang kurang. Kandungan oksigen yang kurang disalurkan kepada peparu menyebabkan nafas seseorang pendek.

Simtom lain ialah lidah rasa metalik. T0ksin yang berlebihan dalam badan mempengaruhi kesan rasa pada lidah anda. Pada kebanyakan masa, makanan yang dimakan akan terasa seperti logam dan bau mulut anda akan jadi lebih busuk. Lain adalah seperti Kesakitan, pening dan sukar beri perhatian. Sumber dari freemalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *