Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja

Menjadi kelaziman bagi ibu bapa suka memanjakan anak sebagai tanda sayang. Namun, tanpa disedari, anda sebenarnya “membuka” peluang untuk si kecil menjadi anak manja. Ini antara 5 tabiat yang sering anda lakukan hingga menyebabkan mereka menjadi anak manja.

Pertama Membiarkan tingkah laku nakal anak. Jika anda tidak membiasakan anak menjaga perilakunya, maka kalian berada dalam masalah besar kelak kerana si kecil itu akan berkembang menjadi anak manja.

Hal ini kerana, ibu bapa cenderung membiarkan si kecil menjadi manja dan beranggapan itu perkara biasa. Tapi, sebenarnya ia kesalahan yang membuatkan anak menjadi nakal kerana tidak pernah ditegur oleh ibu bapanya.

Anda tidak mahu mereka cepat dewasa. Orang lama pernah kata, biarkan anak kecil menjalani kehidupannya dengan gembira kerana mereka tidak akan seperti itu selamanya. Maksudnya di sini, pentingnya kehidupan dan masa kanak-kanak. Namun, itu bukan bererti anda jadi lalai dan membiarkan mereka tidak membesar.

Sebaiknya, ajar mereka mengenai tugas, tanggungjawab dan minta si kecil belajar dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan membiasakan diri melontar kata-kata manis saja pada anak.

Tidak berani salahkan si kecil. Anak menangis kerana jatuh ketika berlari tapi anda mengatakan “Siapa buat Aisyah nangis, sini mama p0kul dia!”. Sedangkan anak tadi yang nakal tak mahu duduk diam.

Hal ini kerana, anda rasa bersalah untuk menyalahkan mereka di atas kenakalan mereka sendiri. Walhal marah anak ses3kali itu ada baiknya bagi melentur sikap terpuji pada diri anak-anak.

Melayan anak bagai raja. Sesetengah ibu bapa beranggapan mereka harus bersedia menjaga anak 24 jam walhal seiring bertambahnya umur anak, anda harus ajar mereka cara menguruskan diri sendiri bagi mencegah anak manja.

Sebaiknya, biar anak latih diri membersihkan kotor, mengemas kembali mainan yang dimain, ajar pakai baju sendiri dan lain-lain.

Tak berani kata TIDAK pada anak. Benar, konsep mendidik anak yang baik adalah menggantikan kata TIDAK dengan perkataan yang lebih positif. Namun, jika tidak pernah mengatakan TIDAK pada anak, ia hanya merugikan anak-anak itu sendiri.

Hal ini kerana, ia membuatkan anak jadi takut jika ada sebarang penolakan apabila dewasa kelak. Malah, dia akan merasa kecewa dan bersedih bila ada permintaannya ditolak. Sedangkan kekecewaan itu mengajar anak tentang erti hidup s3kaligus membuatnya jadi lebih dewasa. Apa kata anda? Jangan lupa share artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *