Tahniah..Dengan sekali lafaz, Nadia Brian kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muizz Nasruddin

PELAKON Nadia Brian sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muizz Nasruddin kira-kira pukul 12.03 tengah hari, Sabtu.Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin dalam sebuah majlis sederhana di Magica Hall, Shah Alam.Memetik laporan BH, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pernikahannya dan suami dipermudahkan.

Nadia dan Muizz sah bergelar suami isteri selepas dua tahun perkenalan.

“Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” kata Nadia.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.Pelakon drama Cinta Tanpa Henti ini mengenali suaminya teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah sejak dua tahun lalu.

Majlis resepsi untuk pasangan tersebut akan diadakan pada malam Sabtu di lokasi yang sama.Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, bersama isteri.Dalam pada itu, Nadia memberitahu dia bersedia untuk berkahwin selepas melihat kesungguhan suaminya yang tidak pernah putus asa untuk menambat hatinya.

“Pada peringkat awal perkenalan, saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, selain sibuk dengan aktiviti lakonan, waktu itu.

Majlis resepsi Nadia dan pasangan akan diadakan pada malam, Sabtu di lokasi yang sama.

Dilamar ketika di Paris

Sebelum ini, Nadia dan Muizz telah melangsungkan pertunangan pada bulan Mei 2019 selepas menerima lamaran daripada kekasihnya ketika bercuti di Paris sekitar Februari.Ketika itu mereka menjangkakan akan bernikah selewatnya pada hujung tahun ini atau selewatnya sekitar awal tahun 2020.Semoga ikatan yang dibina akan mencambahkan kebahagiaan kepada kedua dua mempelai. Selamat pengantin baru buat Nadia Brian dan suami.Sumber mstar,ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *