Tak canang nak kahwin, Nazrief Nazri buat kejutan akhiri zaman bujang nikahi model hijab

Pelakon yang tengah hangat membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan, Nazrief Nazri, 28 hari ini sah bergelar suami kepada seorang model hijab dengan sekali lafaz pada jam 6.10 petang tadi.

Pilih model jadi pasangan

Nazrief dan Aizatul Aqma Hamdan, 25, telah selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Semua berjalan lancar

Pelakon lelaki itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM60 dan duit hantaran sebanyak RM15,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak perempuan.Menerusi Harian Metro, Nazrief telah meluahkan rasa syukur apabila perhubungan mereka yang berjalan hampir satu tahun lebih ini diakhiri dengan lafaz akad nikah.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama.”

Satu kejutan yang manis

Pernikahan mereka sememangnya satu kejutan yang manis kerana Nazrief agak kurang menguar-uarkan pernikahan yang berlangsung hari ini.Hal itu sudah pasti membuatkan para peminatnya berasa terkejut dengan majlis yang berjalan petang tadi.

Menurut pelakon lelaki itu lagi, dia telah menghantar rombongan merisik kepada pasangannya pada 30 Jun yang lalu dan terus merancang untuk mendirikan rumah tangga.Majlis yang berlangsung tenang itu telah dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri daripada sanak-saudara dan juga sahabat handai.Sumber: Harian Metro, Nazrief Nazri kredit ohmymedia

Terdahulu memetik laporan bharian pada tahun lepas,pelakon Nazrief Nazri mengakui, sudah bersedia membawa hubungan mereka ke fasa serius apabila merancang melamar gadis itu tahun depan.

Nazrief, 27, berkata, selama mengenali Aizatul Aqma, 24, dia tidak pernah berahsia mengenai hubungan mereka, malah sering memuat naik gambar bersama di laman sosial jika menghadiri acara tertentu.

“Jika ditanya mengenai perancangan mendirikan rumah tangga, secara jujur, kami masih belum berbincang mengenainya secara serius. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya mahu melamarnya tahun depan.

“Ada yang berkata, kami sudah bertunang. Perkara itu tidak benar kerana kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Kami baru setahun berkenalan, namun dia memiliki keistimewaan tersendiri yang membuat saya jatuh hati.Saya tertawan dengan sikapnya yang manja, selain handal di dapur. Saya suka masakannya,” kata jejaka kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.Sumber bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *