“Tak nak lepas kami selagi tak bank in”-Dikepung l0ngkai keliling kereta,gadis panik minta tolong di Twitter

Memandu diwaktu malam sememangnya memerlukan langkah berhati-hati yang lebih. Bukan sahaja berkaitan pemanduan, malahan keselamatan diri daripada dianiya oleh pemandu lain yang cuba berniat j@hat.

Pemandu wanita khususnya sering diingati agar berhati-hati jika melalui kawasan-kawasan yang agak gelap dijalan raya dan elakkan diri dari memandu secara berseorangan.

Minta tolong dekat Twitter

Namun begitu, perkara-perkara yang akan berlaku tidak akan terjangka oleh kita. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nik Nurin Alisa, dia telah mengalami satu kejadian yang agak mencemaskan apabila dihampiri oleh beberapa orang lelaki tidak dikenali.

Curig@ dengan tindak-tanduk dan percakapan lelaki tersebut yang meminta wang kepadanya, dia telah memohon pertolongan menerusi Twitter dan telah mendapat perhatian warganet semalam.

Alisa telah memberitahu bahawa pada asalnya dia memberhentikan kenderaan kerana ingin memeriksa air di bonet hadapan keretanya. Namun, tanpa disangka beberapa orang lelaki menghampiri mereka dan menghulurkan bantuan.

Nak bagi RM50 tapi minta RM150

Sekadar berbudi bahasa, dia menanyakan berapa yang perlu diberikan kepadanya atas pertolongan itu. Lelaki tersebut menyatakan jumlah yang agak besar dan Alisa mengakui hanya mampu memberi RM50 kerana dia masih seorang pelajar.

Ketika itu, lelaki tersebut menahan mereka dan tidak membenarkan Alisa serta temannya berganjak sehingga jumlah dinyatakan dibayar.

Pura2 minta ayah masukkan duit dalam akaun

Memikirkan ada yang tidak kena, dia meminta pertolongan bapanya dan dalam pada sama menghubungi pihak p0lis untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Pihak p0lis hulur bantuan

Sesampainya p0lis di tempat kejadian, lelaki tersebut telah ditahan manakala rakan-rakannya menghilangkan diri. Dia memberitahu mereka adalah ‘longkai’ ataupun pekerja trak tunda.

Walau bagaimanapun kes tersebut selesai apabila pihak p0lis memintanya untuk beredar semasa mereka menyoal si@sat pekerja trak tunda di bahu jalan.

Gadis tersebut menjelaskan mereka selamat dan tiada sebarang kerugian ditanggung. Dia juga mengakui sengaja enggan membenarkan bapanya memasukkan duit ke akaun lelaki itu kerana merasakan sedang ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sumber : Lisaa_aa98 kredit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *