Tanggungjawab Anak Perempuan Kepada Ibu Bapa

Antara tanggungjawab anak perempuan terhadap ibu bapa ialah, Menjaga Maruah Diri dan Keluarga. Nilai seseorang itu adalah terletak kepada maruah dirinya. Begitulah juga dengan ibu bapa anda yang mengharapkan kepada anda untuk menjaga air muka mereka.

Janganlah membiarkan diri anda menjadi bualan hangat orang lain yang berbicara tentang keburukan diri anda kerana secara tidak langsung, ia akan menconteng arang kepada ibu bapa yang mungkin sebelum ini mempunyai reputasi baik.

Sentiasa Mengambil Berat Perihal Ibu Bapa. Tidak kira anda duduk sebumbung atau pun berjauhan beribu batu dengan ibu bapa anda, masih bujang atau yang sudah mendirikan rumah tangga, tanggungjawab anda untuk mengambil berat terhadap ibu bapa anda masih lagi ‘berjalan’ seperti dahulu.

Di samping itu anda berpeluang memantau kesihatan mereka. Anda boleh membawa mereka memeriksa tahap kesihatan mereka di pusat-pusat kesihatan serta memilih menu yang sihat buat ibu bapa.

Pada yang berjauhan dengan ibu bapa, hubungilah kedua ibu bapa anda untuk bertanyakan khabar mereka. Sudah tentu mereka akan gembira mendengar suara puteri tersayang. S3kali s3kala pulanglah ke kampung halaman untuk menjenguk mereka.

Mengirimkan Wang kepada Ibu Bapa. Sebagai anak, hulurkan sedikit wang untuk mengurangkan serba sedikit beban hidup ibu bapa anda. Jika anda mempunyai kerjaya tetap, gunakan sedikit duit gaji tersebut untuk diberikan kepada mereka. Pada yang sudah berkahwin dan tidak bekerja, bahagikan sedikit duit yang diberikan oleh suami anda untuk dijadikan sebagai pemberian wang saku anda kepada mereka.

Jika suami anda tidak mampu memberikan jumlah wang banyak kepada anda, disyorkan anda membuat kerja kecil-kecil seperti berniaga kuih secara kecil-kecilan untuk dijadikan dana bagi membantu ibu bapa anda.

Apabila anda mengirimkan duit kepada mereka, s3kurang-kurangnya ia boleh meringankan bebannya yang mungkin terpaksa menyara hidup mereka untuk membesarkan adik-adik anda yang masih belajar.

Mendoakan Kesehjateraan Ibu Bapa. Selain daripada menunaikan tanggungjawab secara rohani dan jasmani, anda juga hendaklah mendoakan kesejahteraan ibu bapa anda di dunia dan akhirat.

Sebagai anak perempuan, sebaiknya jalankanlah tanggungjawab kepada ibu bapa. Paling penting, sentiasa doakan agar tetap sihat dan dikurniakan rezeki yang halal di muka bumi dan jika mereka sudah meningg4l duniia, doakanlah mereka tergolong di dalam golongan orang yang beriman.

Selain daripada amalan beriman kepada Allah S.W.T dan memberi ilmu kepada orang lain, doa daripada anak-anak juga penting untuk ibu bapa mendapat pahala yang berterusan. Insya-Allah, pasti hubungan silaturahim antara anda, sumai dan juga ibubapa anda akan menjadi lebih akrab serta penuh kasih sayang. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *