Teknik P3lukan Yang Menjamin Kebahagian Suami Isteri Dan Keluarga

Apabila usia perkahwinan telah bertambah, kekuatan kasih sayang juga perlulah seiring dengan perkembangan perkahwinan tersebut. Kalau kita tengok situasi masyarakat barat, makin tua makin romantis hubungan suami isteri atau kekeluargaan mereka. Malangnya bagi masyarakat kita, makin lama sudah berkahwin, makin kurang romantik dengan pasangan masing-masing. Macam mana tu?

Oleh itu, apa kata anda amalkan 4 jenis teknik pelukan untuk suami isteri berdasarkan perkongsian ini. Tak payah nak segan depan anak-anak. Jika ibubapa pancarkan kasih sayang dihadapan anak-anak, mereka pun akan membesar dengan sifat kasih sayang yang kuat.

Nak peluk suami pun geli? Sedih saya bila ada suami isteri yang dah rasa jijik nak peluk-peluk pasangan. Katanya geli sebab masing-masing dah tua. Padahal pelukan tu la yang akan merembeskan ‘hug hormones’ yang bernama ox ytocin. Perasan tak waktu awal-awal nikah dulu rasa bahagia je memanjang? Rasa macam lautan api pun dapat ku renang, bukit bukau pun dapat ku angkatkan?

Haa, rasa bahagia tu semua terjadi antaranya hasil daripada pelukan pasangan la tu. Bila hormon ox ytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.

Cuba amal teknik 4 pelukan ni untuk hidup lebih bahagia. Pertama, peluk ketika bangun. Pagi adalah permulaan bagi hari yang baharu. Jadi bila bangun tidur tu, apa kata anda peluk dahulu pasangan atau pergi ke bilik anak-anak untuk memberikan pelukan. Macam apa yang kita tengok dalam filem tu kan? Dengan cara ini, aura positif sudah berada di s3keliling sebelum anda memulakan hari yang panjang.

Kedua peluk ketika nak berangkat kerja. Salah satu amalan yang perlu diterapkan adalah bersalaman dan juga memeluk pasangan sebelum berangkat ke tempat kerja. Pasangan pun rasa bersemangat nak bekerja kan? Bukan itu sahaja, sebelum anak-anak berangkat ke s3kolah pun, ibubapa disarankan untuk memberi pelukan kepada mereka supaya sentiasa bersemangat.

Ketiga peluk ketika balik kerja. Setelah penat seharian bekerja, antara apa yang diperlukan oleh pasangan kita adalah pelukan dan masa bersama keluarga. Jangan lah bila pasangan balik dari kerja tu, anda mula membebel.

Makin bertambah penat dibuatnya dan mulalah masalah dalam hubungan berlaku. Keempat peluk sebelum tidur. Sebagai mengakhiri hari, pelukan sebelum tidur amat penting untuk memastikan hubungan antara suami isteri berada dalam keadaan yang stabil.

Dengan pelukan sebegini, barulah pasangan masing-masing tahu bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun usia perkahwinan sudah lama. Peluk anak-anak sebelum mereka tidur juga perlu dijadikan amalan supaya hubungan kekeluargaan makin erat!

Ini la hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Bukan terhadap suami isteri sahaja, teknik pelukan ini juga boleh diterapkan terhadap anak-anak supaya mereka pun rasa disayangi oleh ibubapa. Sumber taufiq razif kredit siraplimau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *