“Terima kasih semua yang berkongsi rasa s@kit dan sedih kehilangan Ashraf”-Ibu

Pemergian pelakon kacak, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bukan sahaja mengemparkan Indonesia, malahan di Malaysia juga.
Rasa sedih kehilangan anak

Meninggal dunia disebabkan serangan jantung, Ashraf telah pergi meninggalkan kita semua di usia 40 tahun. Hampir seminggu allahy@rham menghembuskan nafas yag terakhir, ibunya, Khadijah Abdul Rahman telah meninggalkan nukilan di Instagram buat Ashraf.

Dia yang memuat naik gambar karangan bunga telah menyertakan sekali luahan hatinya yang menggambarkan kesedihan yang dalaminya.

Terlalu berat perasaan ini

Menerusi penulisan itu, Khadijah memberitahu betapa dia terkesan dengan pemergian anak lelakinya itu. Dia juga tidak dapat menggambarkan perasaannya sekarang berikutan terlalu hiba.

“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.”

Terima kasih kepada semua

Namun begitu, dia juga redha dan mengucapakan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja kerana mengambil peduli terhadap anaknya. Dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua kerana berkongsi kesedihan yang dia dan keluarga alami atas pemergian anak tersayang.

“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.”

Luahan ibu kehilangan anaknya

Luahan yang dibuat oleh Khadijah telah mendapat lebih daripada 40,000 tanda suka kerana begitu terkesan dengan nukilan seorang ibu yang begitu menyayangi anaknya.

Terdahulu, pemergian Ashraf telah ditangisi oleh seluruh industri hiburan Malaysia dan Indonesia kerana terkejut dengan kehilangan permata seni ini.

Dia yang baru sahaja pulang daripada Amerika Syarikat telah meninggalkan seorangi isteri iaitu BUnga Citra Lstari dan seorang anak lelaki, Noah Sinclair. Jen@zah allahay@rham telah dikebumikan di SanDiego Hills, Jakarta Barat pada Selasa lepas.

Sumber : Dida_Sinclair kredit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *