Tiada angin tiada ribut..Bonda Rozita akui rumahtangga Aliff Syukri dan isteri sedang diuji

1nstagram merupakan satu medan untuk setiap selebriti berkongsi kehidupan kepada para pengikut mereka. Jadi, jika ada posting terbaru mengenai kehidupan peribadi mereka, sudah tentu menarik perhatian setiap netzen.

Bayangan sedang bersedih

Jika kita mengikuti perkembangan 1nstagram pengasas kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Abdul Rashid, sudah tentu dapat melihat perubahan di setiap muat naik mereka.

Seakan ada yang tidak kena dengan mereka berdua apabila kerap meluahkan rasa sedih dan tiada gambar bersama sekeluarga sejak kebelakangan ini.

Jarang bergambar dengan isteri sejak kebelakangan ini

Mereka juga dilihat seakan sibuk dengan hal masing-masing dan lebih tertumpu kepada anak-anak. Menguatkan lagi khabar angin mengatakan mereka mengalami masalah rumah tangga adalah posting daripada ibu Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim di 1nstagramnya.

Isteri banyak ragam

Menurut Bonda Rozita, anak lelakinya itu telah mem4rahi isterinya kerana dikatakan banyak ragam. Hal ini disebabkan datin shahida sedang hamil dan keengganannya melakukan pengambaran bagi saluran YovTvbe TV Oh Abang Kosmetik.

“Malam tadi Kri ajak saya shooting “oh abg kosmetik”.. Dia m4rah dgn Ida sebab Ida banyak tingkah ( saya faham dia sarat & tersinggung dgn Kri) Sbb Ida tak nk shooting. Saya kata dgn Kri, jgn buat hal cari pasal biarkan Ida yg tgh sarat mengandung.. Tlg hormati dia..”

Semoga semua orang merasa mertua baik macam ni

Sehubungan dengan muat naik yang dibuat oleh Bonda Rozita, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan wanita lewat 50-an itu.

Walaupun ada yang tertanya-tanya mengenai apa yang berlaku antara pengasas kosmetik tersebut dengan isterinya, namun mereka tetap mendoakan agar rumah tangga pasangan tersebut kembali utuh dan berbaik semula demi kebahagiaan masing-masing.

Moga Dato dengar kata bonda

Semoga jodoh Dato’ dan Datin berkekalan

Sumber : Bonda Rozita Ibrahim kredit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *