Tiba-tiba nama Brendan Gan jadi bualan netzen selepas bersama membawa kejayaan Malaysia menewaskan Thailand

Bagaikan tak percaya! Harimau Malaya terus membuka peluang dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 lepas tumpaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Antara nama yang disebut-sebut mewarnai perlawanan semalam hingga membawa kejayaan Harimau Malaya ialah Brendan Gan, pemain kacukan Cina-Australia.Brendan katanya telah menunjukkan prestasi bermain di atas padang dengan sangat baik hingga berjaya menjaringkan gol buat Malaysia pada minit ke-26! Fuh!Tak cukup dengan tu, dia juga bantu Sumareh untuk menjaringkan gol yang kedua buat pasukan kita tau.

Brendan yang ternyata gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia telah berkongsi di Twitter dan berterima kasih dengan penyokong-penyokong Harimau Malaya. Tak sia-sialah korang turun Bukit Jalil semalam!

Rata-rata netizen memuji kualiti permainan Brendan dan berharap ada lah harapan Malaysia nak masuk Piala Dunia 2022 ni nanti. Kita sama-samalah doakan!

Siapa Brendan Gan sebenarnya?

Bagi korang yang tak kenal Brendan atau baru hari ni dengar namanya, Brendan Gan ni actually pemain dari Perak dan pernah menjadi ‘Man of the Match’ semasa kemenangan Perak dalam menundukkan Terengganu pada Piala Malaysia 2018 lalu.

Pemain tengah berusia 31 tahun ini lahir pada 3 Jun 1988 di Sutherland Shire, Australia dengan nama penuh diberi, Brendan Gan Seng Ling. Berdarah kacukan Cina-Australia. Ayahnya berasal dari Malaysia, dan ibunya pula lahir di Australia.

Memegang reputasi sebagai salah seorang prospek pemain tengah menyerang (no.10) muda A-League, Brendan bertukar posisi kepada pemain tengah defensif (no.6) bersama pasukan di Malaysia – pertama, Kelantan sebelum berhijrah ke Perak.

Brendan akhirnya diberikan kerakyatan Malaysia pada March 2014 walaupun ia ternyata antara keputusan paling sukar perlu diambilnya. Jelas Brendan, beliau masih merindui kehidupan serta keluarga dan rakan-rakannya di sana.

Brendan juga seorang yang amat mementingkan kecergasan dan kesihatannya sebagai seorang pemain bola sepak. Jika anda dapat saksikan dalam akaun instagram nya, Brendan banyak berkongsi rutin harian seperti bersenam di dalam gim, jogging, berenang dan lain-lain.

Selain diminati kerana skill hebatnya dalam permainan bola sepak, Brendan juga digilai gegadis di luar sana kerana kekacakannya.Tapi korang jangan lebih-lebih pulak ye, Brendan ni dah kahwin tau dan dia baru saja menimang cahaya mata awal bulan ini. Congrats Brendan!Sumber lobakmerah, glamlelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *