Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Kemas rumah? Aduh! Ini tugasan paling sukar lebih-lebih lagi jika anda ada anak dan sibuk bekerja. Mana ada masa… Jangan risau! Jom tengok panduan yang kami kongsi. Dulu sebelum ada anak yalah, anda guna hujung minggu untuk kemas rumah dengan pasangan.

Senang saja dulu. Pasangan pun sudah faham dengan 0CD anda, jadi dia tak berani nak sepahkan rumah teruk-teruk, takut anda membebel pula nanti. Hehe… Tapi s3karang lepas ada anak? Aduh… Jom tengok 4 tips yang ingin kami kongsi ini untuk anda lebih senang kemas rumah, okay?

Tips Kemas Rumah. Tetapkan reminder. Ada reminder dalam telefon bimbit anda, kan? Gunakan ia! Ada sesetengah perkara anda kena buat sebagai rutin. Contohnya seperti salin penapis udara atau cadar dan sarung bantal.

Ia bukan saja bermanfaat untuk mencegah kuman, malah ia juga bagus untuk membuang habuk. Satu lagi, jangan lupa untuk buang sisa-sisa habuk di atas tingkap atau pintu. Kalau anda buat secara rutin, habuk takkan berkumpul banyak sangat. Reminder boleh bantu anda kekal on track.

Buang benda tak penting.Anda tahu tak yang purata manusia ada lebih kurang 300,000 benda dalam rumah mereka? Ha… semua benda itu bukan penting sangat pun! Jadi lebih baik anda buang segala benda yang tak berapa penting yang memenuhi rumah anda itu.

Atau cuba simpan sebarang keperluan dalam almari besar. Lepas ini anda lagi senang nak kemas rumah. Benda yang tak penting anda tak payah kemas sebab ia telah disimpan dengan selamat dalam almari! Motivasikan anak-anak. Anda ada anak-anak yang sudah besar? Cuba idea bijak ini: “pancing” anak-anak untuk bantu anda kemas rumah dengan beri mereka sebarang ganjaran mudah.

Ada ibu bapa sediakan carta untuk suruh anak kemas rumah. Hadiahnya mereka boleh bermain atau dapat makan aiskrim sedap. Apa yang penting: anda kena buat aktiviti kemas rumah satu benda yang fun untuk dicuba anak-anak.

Ubah definisi “kemas”. Dulu mungkin definisi kemas bagi anda adalah: semua barang terletak di tempatnya dan semua permukaan bersih lagi licin. Tapi, lepas anda ada anak… mungkin definisi “kemas” kena tukar.

Jika anda tukar mindset ini, anda akan lebih tenang dan tak serabut, percayalah! Jom kongsi artikel ini. Sama-sama kita tolong ibu bapa lain yang sibuk itu untuk kemas rumah juga, ya! Sumber rujukan Working Mother

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *