Tips Menjadi Menantu Idaman Mertua

Menantu Idaman. Namun, dalam hidup berkeluarga ini tidak semuanya indah. Apabila anda hubungan anda dengan ibu mertua sudah tidak berjalan dengan baik, usah berterusan ‘makan hati’. Anda harus berusaha untuk memperbaiki hubungan tersebut. Ada beberapa cara yang boleh pratik bagi mengambil semula hati ibu mertua sehingga anda berjaya menjadi menantu idaman ataupun menantu kesayangannya.

Caranya tidak mudah, dan anda harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk mengharunginya. Paling penting, jangan putus asa untuk terus mencubanya. Cuba tips ini, mudah-mudahan hubungan anda dengan ibu mertua menjadi lebih rapat dan anda berjaya menjadi menantu idamannya.

Kena tahu menghorm4ti. Cara yang pertama supaya menjadi menantu idaman atau kesayangan adalah dengan menghorm4ti keluarga mertua anda. Horm4ti mertua seperti anda menghorm4ti ibubapa anda sendiri. Biarpun anda mungkin berbeza pendapat dengannya, tetapi ingatlah bahawa mertua berjaya membesarkan anaknya menjadi lelaki yang anda cintanya sehingga ke hari ini. Setidaknya, anda boleh berfikir bahawa banyak pengajaran penting yang boleh anda peroleh dan jadi pelajaran.

Cari Persamaan. Berbeza pendapat bukan bermakna tidak ada persamaan di dalam diri anda dan mertua. Cubalah cari persamaan yang boleh menjadi topik perbualan, atau bahkan mencarikan waktu anda untuk saling mengenali. Contohnya, dalam perkara yang berkaitan dengan berkebun. Jika ada kurang tahu atau arif tentang selok belok berkebun, sedangkan ibu mertua banyak pengalaman.

Jangan teragak-agak untuk memintanya mengajarkannya dan temani mertua ketika berkebun, menjahit atau membuat kuih-muih. Aktiviti sebegini akan membuatkan ibu mertua anda berasa gembira dan turut merasakan anda adalah menantu idamannya.

Penuh Perhatian. Tidak kepada suami atau anak-anak sahaja perhatian, tetapi tunjukkan apabila anda memang menghargai dan memberikan perhatian kepada ibu mertua seperti orang tua anda sendiri. Ajak berkomunikasi, pergi menziarahinya, pelawa bersiar-siar atau keluar makan malam, duduk di sampingnya sambil mendengarkan cerita kenangan di masa lalu tentang suami anda, adalah momen-momen istimewa yang membuat hati ibu mertua menjadi gembira.

Berfikiran Positif. Mudah mengatakan, namun sukar untuk mengharunginya. Memiliki fikiran yang selalu positif terhadap ibu mertua ini tentangan hebat pertama yang kerap menguji para menantu. Tetapi, fikiran positif anda akan membawa anda pada sikap positif yang akan meluluhkan hati ibu mertua. Paling penting, hati anda haruslah ikhlas menyayangi ibu mertua anda!

Selalu Peka. Menjadi menantu perlu selalu peka dan mengam4ti kebiasaan ibu mertua. Ketahui apa yang disukainya, mulai daripada seleranya berpakaian, selera makanan, dan sebagainya, yang akan membuatkan anda diingat dan seolah-olah sangat memahami dirinya.

Namun, memang cara ini sangat mudah untuk melembutkan hati ibu mertua. Apabila anda peka dan mengambil berat tentang dirinya, beliau akan mencari dan selalu mengingati anda di benaknya sebagai menantu idaman ataupun menantu yang ideal. Tidak Ragu Minta Pandangan & Nasihatnya. Sumber wom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *