Tips Pilih Hadiah Untuk Ambil Hati Mertua

Masih ingat lagi kali pertama berjumpa mertua? Mesti dada berdebar-debar bukan? S3karang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.

Sebagai seorang yang lebih tua, lebih banyak makan ‘asam’ dan juga ‘garam’, tentunya dia berasa bangga apabila apa yang dilakukanya itu boleh ditiru dan dijadikan pedoman di dalam hidup berumahtangga. Mungkin tidak semua akan anda ikut atau tiru, tetapi setidak-tidaknya dengan bekalan nasihat daripada mertua, anda sedikit sebanyak berasa lega dan belajar bagaimana menjaga keharmonian keluarga.

Semoga 6 tips tersebut dapat membantu anda menghadapi ragam ibu mertua sehari-hari serta boleh membuatkan hubungan anda dengan mertua menjadi lebih baik lagi. Tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi menantu kesayangannya! Siapa, sangka, kan… Tips Ekstra! Bukan senang hendak mengambil hati ibu mertua kan…
Namun, anda jangan berputus asa untuk menawan hatinya. Anda juga boleh memberikannya hadiah pada hari-hari penting dalam hidup beliau.

Belikan Tudung. Pashmina berwarna cerah dapat menyemarakkan penampilan ibu mertua. Selain boleh menjadi aksesori leher, pashmina juga bermanfaat apabila ibu mertua anda mengenakan hijab.

Beg Tangan. Beg tangan sudah pasti menjadi salah satu item kegemaran wanita. Jadi, tidak hairanlah memberikan beg tangan merupakan hadiah paling sesuai untuk wanita. Untuk wanita yang sudah berumur, pilihlah beg tangan dengan rekaan klasik dan ukurannya sedikit besar.

Minyak Wangi. Selain beg tangan, anda mungkin boleh membelikannya minyak wangi. Jika ibu mertua anda, kategori wanita tipikal yang trendi, anda boleh memberikannya minyak wangi daripada selebriti Hollywood seperti Sarah Jessica Parker atau pun minyak wangi aroma klasik, seperti Chanel No. 5

Alat Solek. Anda juga boleh membelikannya satu set alat solek (lipstick, eyeshadow dan blush on). Jika ibu mertua anda, sedikit berumur, pilihlah warn-warna yang tidak terlalu menjolok mata. Sumber wom

Jangan ses3kali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri? Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik. Akhir kata.sentiasalah berfikiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita. Semoga menjadi menantu favourite yang disayangi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *