“Tok Ram selalu dijadikan bahan gurauan, Nabil dan Jihan langsung tak pernah minta maaf” – Alyah akui tak simpan dend4m

Siapa yang tonton Gegar Vaganza, pasti dah biasa lihat pengacaranya iaitu Nabil dan Jiham Muse yang suka membahan juri tetap rancangan itu iaitu Datuk Ramli MS. Bukan baru sahaja berlaku tetapi memang daripada musim terdahulu lagi mereka memang suka melawak seperti ini. Tok Ram pun kadang-kadang melayan sama!

Pun begitu, isteri Tok Ram sendiri iaitu Datin Alyah menjelaskan bahawa dia tak terasa langsung dengan usikan Nabil dan Jihan yang ditujukan pada suaminya itu.

Ulas wanita itu lagi, dia langsung tidak menyimpan dend4m pada mereka.

Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi, saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi, dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya.Tak pernah berasa ger4m atau mar4h pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

Kadang-kadang, saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan.

Tambah penyanyi berbakat itu lagi, kedua-dua Jihan atau pun Nabil tidak pernah langsung menghantar mesej meminta maaf kerana dia menganggap bahawa mereka sekadar begurau.

Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi, itu kerja mereka, jadi saya biar saja.Saya juga tak ambil hati atau simpan dend4m. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja.

Biasalah untuk menghiburkan lagi rancangan itu, nanti hambar pula kan? Tok Ram pun kalau buat video masakan, pasti tag Nabil dan Jihan, kira ‘kamceng’ la tu!Sumber: Harian Metro kredit beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *