Tolak dunia kejar akhirat, Datuk Rizalman umum bersara dari dunia fesyen

Malam semalam, telah berlangsungnya pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Dalam pementasan tersebut, beberapa artis tersohor tanah air turut terlibat menjayakan pementasan fesyen itu.

Namun, sebelum pementasan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Datuk Rizalman telah membuat satu pengumuman yang nyata mengejutkan banyak pihak.

Buat pengumuman bersara dari dunia fesyen

Dia yang ingin bersara daripada dunia rekaan fesyen untuk selamanya dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyatakan hasrat tersebut.

Serah legasi jenama kepada pembantu

Memetik daripada Astro Awani, Rizalman akan menyerahkan empayar jenama Rizalman kepada pembantunya yang setia mendampinginya selama 15 tahun, Faizul Surani.

“Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita”

Menurut Rizalman lagi, tindakan yang diambil adalah disebabkan rasa bimbang tidak bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa apabila tiba masanya kelak. Dia mahu memperbanyakkan amalan selagi kudrat masih mampu bagi persediaan menghadapi kem@tian.

Tambahnya, pemergian beberapa sahabat dalam industri seni mebuatkan hatinya dijentik keinsafan sehingga berfikir bahawa pada bila-bila masa sahaja Allah akan menyentap nyawanya.

“Kem@tian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa. Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.”

Macam hilang kata-kata

Oleh sebab itu, ruangan Instagramnya telah dihujani dengan pelbagai k0men daripada warganet yang rata-rata berasa terkejut dengan keputusan ikon fesyen negara.

Walau bagaimanapun, mereka berasa kagum dengan keperibadian Rizalman yang melepaskan apa yang diperoleh sekarang demi mengejar alam akhirat yang kekal abadi.

Semoga Datuk lebih berbahagia

Terima kasih datuk jadi inspirasi kami

Allah tahu apa yang terbaik

Sumber : Astro Awani, Rizalman kredit ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *