Umur 6tahun tapi belum lancar bercakap,Wawa Zainal Akui Anak Alami Speech Delay Kerana Suka Tengok..

Pelakon Wawa Zainal mengakui anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap kerana terlalu didedahkan dengan gajet.Bagaimanapun, Wawa memberitahu Attar sudah menunjukkan banyak perubahan selepas dihantar ke kelas terapi.Wawa berkongsi perkara itu kepada pengikutnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

“Mengenai posting semalam ramai yang tanya Attar ni sebenarnya ada masalah apa. Attar ni speech delay.Umur dah 6 tahun tapi belum lancar sangat lagi bercakap tapi..Alhamdulillah ada peningkatan semenjak Wawa hantar dia pegi OT, speech therapy.

“Untuk yang mengadu anak masih belum bercakap padahal dah 2 tahun+, 3 tahun tu cuba kurangkan gajet.Sebenarnya Attar ni pun lambat sebab suka tengok gajet dulu, silap kitorang. Bila Wawa posting pasal Attar ramai yang DM.

“Rupanya ramai juga ibu-ibu di luar sana yang alami masalah yang sama. Tak apa..Kita doa dan usaha. Usahanya hantar pergi terapi etc dan banyak luangkan masa dengan dia. Good luck mommies,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan k0men rata-rata pengikutnya berkongsi dan mengalami pengalaman yang sama dengan dengan Wawa.

“Macam anak saya..Alhamdulillah masa umur empat tahun baru boleh bercakap. Atas usaha pergi terapi.” k0men @arina8083

“Anak saya pun speech delay juga, umur 6 tahun masih belum boleh bercakap dengan lancar. Level cakap macam budak tiga tahun tapi.. Alhamdulillah masuk tahun 1 terus lancar bercakap walaupun masih pelat dan pandai membaca. Dua tahun juga pergi speech therapy. Insya-Allah bulan 10 ni dah boleh discharge,” kongsi @baby_arema

Sebelum ini, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu pernah meluahkan rasa bimbang apabila Attar masih belum boleh bercakap walaupun usia anak lelakinya itu sudah mencecah empat tahun.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.Manakala untuk perkembangan terbaru pula, Wawa kini sedang hamil anak ketiga-astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *