V1de0..Lahir pra-matang, Memey sanggup jadi ibu susvan untuk bayi Abby Abadi

Sanggup mengambil risiko demi zuriat yang telah lama dinantikan, semalam pelakon Abby Abadi telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 540 gram.

Dilahirkan ketika usia kandungan berusia 24 minggu, zuriat hasil perkahwinan Abby bersama suami, Jai Ezzany, merupakan bayi pra-matang yang memerlukan perawatan dan penjagaan rapi.

Memey berikan susu badan untuk anak Abby

Memandangkan dilahirkan pra-matang, bayi pelakon Gerak Khas tersebut yang kini digelarkan sebagai baby D sangat memerlukan susu ibu yang secukupnya.

Memey mengambil tanggungjawab ini untuk memberikan juga susu badannya kepada Baby D, bagi memastikan bayi Abby dapat membesar dengan sempurna dan sihat.

“Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar dengan sihat..”

Bukti kasih sayang Memey pada Abby..

Menerusi video yang dimuat naik Memey, memaparkan Abby sudah beransur stabil ketika dia datang melawat. Boleh dlihat bahawa Memey sangat menyayangi bekas isteri suaminya itu.

Sebak tengok video ni

Melihat kasih sayang dan kesanggupan Memey untuk menyusukan bayi Abby, telah membuat ramai yang berasa sebak dan terharu dengan silaturahim yang terjalin antara mereka.

Sumber : Memey Suhaiza kredit ohmymedia

Terdahulu, Abby yang hamil enam bulan itu dimasukkan ke ho0pital selepas mengalami tekanan d4rah tinggi yang berb4haya.Aktor Norman Hakim mengesahkan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi bakal menjalani pembed4han untuk melahirkan bayi yang dikandung selepas mengalami ‘turun d4rah’.

Norman berkata dia terpaksa berkongsi berita tersebut kerana mahu memohon doa dari semua pihak agar segala urusan Abby yang sedang bersalin enam bulan dipermudahkan, serta bayi dan ibu selamat.

“ALLAHU..Saya terpaksa share sebab saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua-duanya, mama dan baby dalam kandungan.

“Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan & kesembuhan buat Arbaieyah Binti Abdul Manan & zuriat di dalam kandungannya Ya Allah ,Kau ampunkanlah segala d0sa-d0sanya, Kau pertimbangankanlah segala kebaikannya, kami memohon agar dipermudahkan segalanya buat insan sebaik beliau, kami memohon & merayu kepada-Mu Ya Allah, tolong Ya Allah Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.

Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Inst4gram miliknya.Sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *