V1de0 Ucapan Dan Air Mata Ibu Buat Safawi Rashid ‘Mengaum’ Malam tadi

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 antara pasukan Indonesia dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, ditunggu ramai oleh penyokong antara kedua-dua buah negara.

Harimau Malaya berjaya menunjukkan taringnya setelah berjaya ‘memb4ham’ skuad Garuda dengan kemenangan 2-0 hasil daripada jaringan Safawi Rasid.

Safawi Rasid wira pada malam ini

Pada beberapa hari yang lalu, menerusi Instagram Safawi, beliau memuatnaik satu rakaman video yang menunjukkan ibunya mengucapkan rasa syukur setelah Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.

Dengan linangan air mata, ibunya turut mendoakan supaya Safawi dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.

”Alhamdullillah anak ma dapat anugerah yang terbaik.. ma bersyukur sangat pada Allah.. semoga buat yang terbaik insyaAllah..” kata ibunya.

Rata-rata netzen yang jelas terharu dengan video berkenaan, turut tidak dapat menahan sebak.

Berkat doa mak

Berkat doa keluarga Awie berjaya

Sumber : Instagram safawirasid29

Diasak awal perlawanan

Pada awal permainan, gawang Malaysia ter uk diasak oleh pasukan Indonesia yang dahagakan jaringan sehinggakan penjaga gol pasukan negara, Khairul Azahan terpaksa dibawa keluar akibat keceder4an dan digantikan oleh Farizal Marlias.

Safawi wira malam ni

Namun pada minit ke-30, gawang Indonesia dikejutkan dengan jaringan daripada Safawi Rashid hasil sepakan percuma yang diberikan.

Gol kedua dibabak kedua

Selepas babak kedua perlawanan, Malaysia tampil lebih garang dengan Safawi sekali lagi meledak gol kedua pada minit ke-70 perlawanan bagi menambah luk4 Garuda.Perkara tersebut telah menjarakkan kedudukan dengan 2-0 antara pasukan Harimau Malaya dan juga Indonesia.

Walau bagaimanapun, pada minit ke-82, gawang Malaysia diduga dengan sepakan penalti daripada pihak lawan. Namun, Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola dan menyelamatkan gol Malaysia daripada dibolosi.

Dengan dua jaringan tersebut, Malaysia sekali lagi berjaya menumpaskan Indonesia dengan tiga mata penuh dan menjadikan Indonesia berada di tangga terakhir kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *