Wahh..Bertuahnya,TMJ hadiah lebih 30 buah iPhone 11 untuk pekerja JDT

Telefon pintar keluaran terbaru Apple iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max menjadi kegilaan ramai setelah tiga model tersebut tiba di Malaysia sejak minggu lalu.

Bagi peminat tegar yang berkemampuan, mereka sudah pasti menjadi antara orang terawal yang beratur di hadapan kedai untuk mendapatkan iPhone berkenaan.

Tapi lebih beruntung sekiranya menjadi kakitangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menerima kejutan berupa iPhone 11 Pro baru-baru ini.

Bukan satu atau lima, tetapi lebih 30 buah telefon bimbit diberi TMJ kepada kakitangan beliau sebagai tanda penghargaan yang bekerja keras demi mengharumkan nama negeri Johor.

Perkara itu boleh dilihat menerusi laman Instagram Official Johor yang memaparkan sekumpulan kakitangan mengambil iPhone masing-masing serta mengucapkan terima kasih kepada TMJ.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi mengatakan kakitangan TMJ sememangnya bertuah dan tidak kurang ada juga yang berhasrat ingin bekerja di situ.

Macam pisang goreng pun boleh!

Dia bagi gitu je!

Nak kerja situ!

Sumber : Instagram , Twitter krdt ohmymedia

Apple bukanlah syarikat yang terkenal dengan tabiat melakukan perubahan yang mendadak dengan setiap model baharu yang diperkenalkan. Mereka percaya kepada evolusi yang mengambil masa yang lama berbanding evolusi seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pengeluar dari China.

Dari hadapan iPhone 11 Pro Max tidak mempunyai sebarang perubahan fizikal yang jelas berbanding iPhone XS Max. Skrin masih lagi sebesar 6.5″ OLED tetapi kini dengan teknologi yang diberikan nama Super Retina XDR. Resolusi juga kekal 1242 x 2688 pixel dengan 458PPI.

Yang membezakan Super Retina dengan Super Retina XDR ialah jumlah paparan warna dan tahap keterangan skrin yang meningkat. Sebaga pengguna XS Max kami dapat melihat perbezaan keterangan skrin 11 Pro Max sejak saat pertama ia dihidupkan. Warna putih skrin tetapan membakar retina kami yang menyebabkan kami bersyukur iOS 13 menyokong tema gelap.

Satu perubahan besar yang dilakukan lagi ialah tiada lagi sistem 3D Touch yang digantikan sepenuhnya dengan Haptic Touch pada ketiga-tiga model iPhone 11.

Pemproses Apple 13 Bionic enam teras dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sehingga 512GB. Ini ialah pemproses telefon pintar yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan dengan peningkatan sehingga 20% pada kemampuan CPU dan GPU jika dibandingkan dengan Apple A12 Bionic.

Untuk artikel penuh boleh melayari laman amanz my.Semoga ianya dapat membantu untuk lebih mengetahui mengenai telefon pintar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *