Wow..satu dalam seribu, kening ‘berdar4h’ Stacy jadi perhatian netzen sampai Akim tak senang duduk!

Tampil berbeza daripada biasa, penyanyi Stacy telah menjadi perhatian apabila mengenakan lirikan kening warna merah.Stacy ditatarias juru mekap profesional yang juga usahawan, Datuk Alha Alfa ketika di konsert mingguan program Mentor Milenia 2019, pada Ahad.

Sementara gaya rambutnya pula dirias Ezal Ezlizan.Penyanyi kelahiran Penampang, Sabah itu berkongsi foto tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Cantik kah look Kening Berd4rah saya semalam cingh! Look ni memang bahay4 sebab buat Mentor Akim tidak senang duduk pastu tangan i pun dia xmau lepas sampai rumah cenggghhhh!!

“Thank you kepada orang2 kreatif dan super talented yang bagi look ni on point semalam Suka sangat look ni dapat juga cover muka kerisauan tengok protege perform semalam.Semoga segalanya akan dipermudahkan untuk kami semua di minggu ini dan juga minggu seterusnya In sha Allah,” tulisnya.

Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Pakai Buang itu telah menjadi perhatian netzen.Wow! Stacy kini semakin berani dalam mengayakan solekan di wajahnya yang membuatkan dirinya nampak unik dan menarik.Foto: Instagram Stacy kredit media hiburan

Terdahulu pasangan selebriti Stacy dan Akim mungkin akan menghasilkan single duet.Stacy berkata, selepas tiga tahun hidup bersama, buat julung kali mereka bakal merakamkan lagu paduan suara bagi memenuhi permintaan peminat.

“Kami tidak pernah menghasilkan lagu duet sepanjang mendirikan rumah tangga, biarpun sering menyanyikan semula dendangan penyanyi lain.

“Kebelakangan ini, kami kerap menerima tawaran daripada penyanyi lain merakamkan lagu duet dan ia mencetuskan idea kepada saya dan Akim untuk meneruskan projek ini.

Stacy dan Akim diijabkabulkan di Kota Kinabalu, Sabah, pada 5 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, 2 tahun.Pasangan itu turut mempunyai anak angkat, Bella Deluna.

Stacy yang digelar ratu tari tampil dengan single terbaru, Khayal, Julai lalu.Dihasilkan Hang Nadim dan Ziin, Khayal menyaksikan Stacy mencurahkan idea kreatifnya sebagai penulis lirik dengan menggunakan nama Bunga Cantik.Ia single sulung terbitan syarikatnya dan Akim, Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR).Sumber bharian

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *