Yang diPertuan Agong Sanggup ketepi protokol Hanya naik pesawat angkut

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mengetepikan protokol dengan menaiki pesawat angkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), semalam.

Baginda berdua berkenan menaiki pesawat itu ketika berangkat ke Kelantan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ayahanda Sultan Kelantan, Alm4rhum Sultan Ismail Petra Ibni Alm4rhum Sultan Yahya Petra.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Inst4gram berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menaiki pesawat angkut itu kerana pesawat kerajaan digunakan bagi tujuan lain.

“Keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Tuanku berdua terserlah apabila baginda berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut itu kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi lain.

“Turut mengiringi baginda Tuanku berdua adalah pegawai dan kakitangan Istana Negara yang turut menaiki pesawat angkut itu,” kata kenyataan itu, hari ini.

Instagram Istana Negara turut memuat naik beberapa gambar dan v1deo keber4ngkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama kakitangan Istana Negara ke Kelantan.

Istiadat pem4kaman jen4zah Alm4rhum Sultan Ismail Petra di Mak4m Diraja L4nggar, di Kota Bharu, Kelantan, selesai jam 7.20 malam tadi, selepas selesai tempoh diberikan kepada rakyat jelata dan orang kenamaan memberikan penghormatan terakhir selama dua jam.

Alm4rhum mangk4t di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu, jam 8.11 pagi semalam. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam mengisytiharkan cuti peristiwa selama dua hari bermula hari ini bagi menghormati perk4bungan Alm4rhum Sultan Ismail Petra. Sumber BH

Artikel berkaitan ‘Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang’

Sultan Pahang keenam, Sultan Abdullah, akan memakai gelaran rasmi sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Pahang, Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.

Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam hari ini hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan ger1ng dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Al-Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Alm4rhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Baginda dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember 2016 sehingga 11 Jan lalu setelah Sultan Ahmad Shah ger1ng.

Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *